6 Tips Menulis Surat Cinta Yang Berkesan

May072011
Salah satu cara terbaik untuk menyatakan segala yang terkandung di hati dan perasaan anda kepada kekasih tercinta adalah melalui surat.

Walaupun menggunakan surat merupakan 'old style' tapi ia tetap menjadi pilihan mereka yang bercinta untuk meluahkan rasa cinta mereka.Menyedari hal ini,kali ini penulis akan memberikan 6 tips yang boleh digunakan untuk anda menulis surat cinta yang berkesan dalam menyatakan perasaan anda kepada kekasih anda.

6 tips tersebut adalah:

●Tulis surat mengikut kata hati anda sendiri.Luahkan segala apa yang anda rasa.Biarkan hati anda yang berkata-kata.

●Nyatakan kenapa anda menyayangi dan menyintai dirinya dan kenapa kehadirannya disisi membuat hidup anda lebih bermakna.

●Tulis dengan kata-kata atau perkataan yang menyentuh perasaan dan sanubari si dia.Anda boleh gunakan puisi-puisi cinta,kutipan-kutipan kata atau pun petikan dari lirik lagu.

●Biarkan si dia tahu yang cinta anda padanya takkan pernah pudar dan hilang.Nyatakan yang anda akan sentiasa berada disisinya disaat suka mahupun duka.

●Surat anda hendaklah menyatakan perasaan hati anda yang jujur,ikhlas dan yang sebenar-benarnya.

●Gunakan tulisan tangan kerana ia akan melambangkan kesungguhan anda pada si dia.


Untuk menulis surat cinta yang berkesan jadilah sekreatif yang anda mampu.Sebagai kekasih,anda pasti tahu apa yang disukai dan boleh membuatkan hati si dia tersentuh.Gunakanlah pemahaman anda tentang dirinya dengan bijak,semoga percintaan anda dan si dia semakin teguh dan berkekalan.


~skyjuice a.k.a alam1cinta
Share on Facebook Share on Twitter

Comments

3 responses to "6 Tips Menulis Surat Cinta Yang Berkesan"

Airul on 12:11 PM, 08-May-11

[li]pertammmax gan,,ditunggu kunjungan baliknya[/li]

chnta x trungkap on 08:29 PM, 02-Aug-12

Ok jgak lh tips 2..tp sya tw cnfrm org yg bca 2 akn muntah bla bca ayt2 yg bbunga2 ne..

chnta x trungkap on 08:29 PM, 02-Aug-12

Ok jgak lh tips 2..tp sya tw cnfrm org yg bca 2 akn muntah bla bca ayt2 yg bbunga2 ne..

Subscribe to comment feed: [RSS] [Atom]

New Comment

[Sign In]
Name:

Comment:
(You can use BBCode)

Security:
Enable Images


 
Back to Top