Kuiz Cinta-Ukur Tahap Kasihsayang Anda Pada Kekasih.

March202011
Kuiz yang mudah bagi mengukur sejauh mana rasa kasihsayang anda pada kekasih.
Walaupun kuiz ini agak ringkas tapi cukup untuk menilai dan menentukan dimana tahap kasihsayang anda.
Silakan mencuba..

a)Anda dan kekasih terpaksa berjauhan kerana si dia mengikut keluarganya berpindah ke tempat lain.Apa tindakan anda..
1)Menelefonnya setiap hari.Ada waktunya kadang-kadang dalam sehari sampai 4 hingga 5 kali.
2)Setiap hujung minggu dan cuti umum anda akan ke tempatnya untuk bertemu.
3)Jalani hidup anda macam biasa dan hanya menunggu panggilan darinya.

b)Bila berlakunya salah faham dan pertengkaran,antara anda dan dia,siapakah yang lebih dulu mengalah?
1)Andalah,kerana seboleh-bolehnya anda tidak mahu hubungan anda dan si dia ada sebarang pergaduhan.
2)Mestilah dia.Anda kan lagi arif dalam hal yang menyebabkan pertengkaran tersebut.
3)Ikut keadaan.

c)Anda bersiar-siar di mall membeli-belah sendirian.Ketika masuk ke sebuah kedai buku,anda ternampak novel terbaru karya penulis yang si dia minati.Anda..
1)Terus membeli novel tersebut untuk dihadiahkan padanya.
2)Merancang akan membeli bersama-sama si dia bila keluar bersama nanti.
3)Sekadar melihat-lihat sahaja.

d)Kekasih anda menceritakan masalah keluarganya pada anda.Tindakan anda?
1)Cuba membantu seberapa yang boleh.Bagi anda keluarganya ibarat keluarga anda sendiri.
2)Mendengar tetapi tidak mahu masuk campur urusan keluarganya.
3)Mendengar sahaja.


~Keputusan~
Jika jawapan anda...
~banyak no.1
Anda terlalu sayangkan dia.Pada anda kasihsayang pada si dia bukan sekadar menunjukkan perasaan tersebut tetapi sebagai satu tanggungjawab.

~banyak no.2
Anda sayangkan dia.Tetapi hanya si dia sahaja.Jika ada perkara-perkara lain yang tidak melibatkan dirinya anda tak ambil peduli.

~banyak no.3
Anda sayang dia sekadar sayang sahaja.Pada anda,banyak lagi hal lain yang perlu diambil tahu.Anda rasa diri anda dulu harus dipentingkan bukan si dia ataupun orang lain.


Apa pun keputusan yang anda dapat,semoga dapat serba sedikit dijadikan penilaian buat diri anda sendiri serta dijadikan sebagai salah satu panduan demi sebuah perhubungan yang kekal dan berpanjangan.


~skyjuice a.k.a alam1cinta



☆Share Tulisan Ini Dengan Kawan☆






Terimakasih dah baca dan sertai kuiz ini.Diharap dapat anda berikan komen dan pendapat semoga dapat penulis perbaiki penulisan di lain waktu
Share on Facebook Share on Twitter

Comments

3 responses to "Kuiz Cinta-Ukur Tahap Kasihsayang Anda Pada Kekasih."

¢єкιđσт on 12:52 PM, 08-May-11

wah.. Boleh dicoba tuh.., tapi pilihan jawabannya diperbanyak dong! biggrin

rossa on 01:08 PM, 03-Oct-11

aku sangat suka padanya,cinta padanya dan sayang padanya.

tasya soffieya on 08:22 PM, 18-Dec-12

sy pilih sume 1.. mknenye sy terlalu sygkan dye la ek ? hihik... ptt la sy tiap ari risau n teringat kat dye jer...

Subscribe to comment feed: [RSS] [Atom]

New Comment

[Sign In]
Name:

Comment:
(You can use BBCode)

Security:
Enable Images


 
Back to Top