Rahsia Hadiah Pemberian Kekasih

March272011
Alangkah gembira dan cerianya diri bila menerima hadiah dari kekasih.Ketika membelek-belek dan melihat-lihat hadiah yang diberikan...pasti terbayang-bayang saat-saat indah bersamanya.
Memangnya hati siapa yang tidak merasa bahagia bila menerima hadiah dari si dia yang tercinta.Tetapi, adakah anda pernah terfikir atau cuba memahami maksud yang tersirat disebalik setiap hadiah pemberian kekasih anda?Tentu ada maksudnya bukan.
Sebenarnya,setiap hadiah yang diberikan turut mewakili maksud dan makna yang tertentu.Setiap jenis hadiah selalunya turut menyampaikan perasaan si pemberi hadiah secara tak lansung.
Kali ini,kita akan menghuraikan serba sedikit maksud yang tersirat disebalik beberapa jenis hadiah yang biasa diberikan oleh mereka yang bercinta.

●Bunga
~Bunga merupakan hadiah yang biasa diberikan dan menjadi salah satu pilihan utama kerana ia dianggap melambangkan sebuah hubungan yang romantis.Tetapi,jenis hadiah ini lebih bersifat sementara kerana lumrahnya bunga,bila tiba waktu pasti akan layu.Adalah amat membimbangkan jika cinta yang disemai juga bersifat sementara seperti bunga..

●Perfume
~Juga merupakan hadiah yang menjadi pilihan untuk diberikan kepada yang tersayang.Hadiah seperti ini sebenarnya mewakili perasaan ingin sentiasa berdua dan bersama.Jika kekasih anda memberikan hadiah ini,bererti dia berharap untuk selalu dapat berada disisi anda dan menganggap anda seorang yang memiliki pesona serta tarikan sensual yang tersendiri.Si dia juga menganggap anda sebagai seorang yang berpersonaliti dan seksi.

●Patung bear
~Ada yang menganggap hadiah seperti ini sebagai pemberian yang keanak-anakan dan tak matang.Namun,sekiranya anda menerima hadiah patung bear yang tertera perkataan 'I Love You' terutama dibahagian dadanya,ia menunjukkan si dia seorang yang amat romantis.Si dia juga sebenarnya sentiasa menghargai perasaan anda dan sentiasa bimbang sekiranya hati anda akan terguris dan terluka kerana dirinya.

●CD,DVD,Novel/buku
~Hadiah begini diberikan kerana mungkin mengikut kegemaran dan minat orang yang disayang.Andai anda menerima hadiah ini,fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda.Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.

●Cincin/rantai leher
~Kekasih yang memberikan hadiah berupa barangan perhiasan diri sebegini sememangnya amat menyintai dan menghargai kewujudan anda disampingnya.Ia menunjukkan si dia merasa amat bertuah dapat bersama-sama anda.Si dia juga memang serius dan ada komitmen dalam perhubungan anda berdua.

Demikian serba sedikit huraian yang ringkas tentang rahsia disebalik hadiah pemberian kekasih.Diharap akan bermanfaat dan berguna buat semua dalam kita menjalani hidup bercinta.


~skyjuice a.k.a alam1cinta

Terimakasih kerana sudi membaca.Kongsilah juga dengan kawan-kawan
Atau bagilah komen dan pendapat anda
Share on Facebook Share on Twitter

Comments

5 responses to "Rahsia Hadiah Pemberian Kekasih"

Wan_Na on 08:52 AM, 20-Apr-11

kalu si dia bagi kte skarf rambut??pe mksod nyer??

Skyjuice a.k.a alam1cinta on 09:18 PM, 20-Apr-11

wan_na-kiranya anda seorg yg suka mmakai skarf rmbt..mgkn bermakna si dia sentiasa mengingati anda dan cuba menghargai kewujudan anda disisinya sebaik mungkin.Mgkn skarf rmbt tak semahal hadiah2 lain tapi bukan hadiah yang penting,sebaliknya perhatian yang si dia berikan pada anda.Tetapi jika anda bkn seorg yang memakai skarf rmbt..mgkn perlu berhati2..kerana si dia mgkn sukakan org yg berskarf rambut dan mahu anda mengikut apa yg disukainya..seolah2 si dia cuba mengawal diri anda dan mgkn dia memandang rendah pada keadaan diri anda..andai si dia benar2 menghargai anda,tentunya apa pun gaya rambut anda,apapun yg anda pakai bkn menjadi persoalan bgnya..

suuu _ila on 12:18 PM, 12-Dec-11

kalau baju kurung?

qaira on 09:34 PM, 16-Jun-12

kalau dia ajak kite kluar pastu ,dia pasangkan bunga api sambil ucap i love u pulak mcm mane?

wahai kaum kiai/usta on 02:01 AM, 18-Dec-13

wahai kaum kiai/ustad, coba jawab pertanyaan ini : alam setsema terbentu kurang lebih 14 milyar tahun lalu. pertanyaanya sebelum 14 milyar tahun itu, ALLOH mu ngerjain ape? nganggur aje/molor aje ?

Subscribe to comment feed: [RSS] [Atom]

New Comment

[Sign In]
Name:

Comment:
(You can use BBCode)

Security:
Enable Images


 
Back to Top